queen ai
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM INSTA NEWER OLDER +FOLLOW DASH
Journal

blog archive

Jantung Hati

lets join!

Release Tension

sing-a-song


Shine

See Me

contactcontact

Instagram


Official Page

LIKELIKELIKE


Big Claps

their works

Template by AqilaFarah|FarahDini
Full Edit : Li
TutoBies : Salsa|Husna|Atiqah
The Owner: Nurainafatini
Best Views :P L U
4 Hari 3 Malam - Haze
 Okay guys hi assalamualaikum! Long time no see yah... sorry to say but sebabkan laptop i rosak so nak update macamana kan huhu ni pun sebbaik kakak bawak balik laptop. Sempatlah jugak aku meneliti habuk-habuk mikroorganisma kecil sehalus halusnya yang terdapat di sekitar blog ni huhu [hiperbola]



Dengan itu aku ingin mengimbau kenangan lalu yang dah lama tergantung dan aku nak cerita sangat sangat! Ni waktu cuti jerebu tahun lepas.. hehehe bulan berapa tah maaf i lupa. Tapi cuti jerebu yang kali kedua. Okay sebenarnya aku nak stay asrama, memandangkan ada je yang tak balik. Tapi elok elok lepas aku call mak aku cakap aku tak balik, ada la kawan aku sorang ni [teah] tetiba datang dari jauh;

Aina jom ikut aku balik. Teman Alya Ro balik rumah aku.

Ha sudah! Dah la tak kemas baju lagi omg ayah dia nak mai tak sampai 30minit rasanya huhu almaklumlah orang padang pusing je. Nak mai alor setar insyaAllah taklama sebab waktu tu pon ayah dia dah on the way i guess. Tak semena-mena kalutlah cari baju nak pack. And roommates pun heran tadi cakap tak balik ni kalut nak kemas pulak. Huhuhu

Tak lama lepastu ayah dia mai. In car...

Baju batik bawak tak?
 Baju sekolah bawak tak?
Kasut sekolah bawak tak?
Tudung putih or cream bawak tak?

Semua jawapan aku balas dengan TAK. Ok mati aku, aku nak balik asrama pakai baju apani hukhukhuk. Sebbaik teah ada bawak baju lebih:'] kasut je aku pakai kasut serlum hitam hok biasa punya waktu balik asrama tu. Nak buat macamana, dah takdak. Maaf ._.

So malam tu aku call mak aku and cakap aku ada kat rumah kawan. Mau tak terkejut ha. Hehe. Baru tatsat call kata duk dekat asrama tuptap ada kat pendang. Baik balik rumah tokwan, katanya. Tapi sokayla duk rumah kawan at least ada kawan nak melepak nak study [acewah]. So aku kenal dua orang adik teah, humaira and wafiy. Dua-dua riuh, patutlah kak dia pun riuh kekeke. Mak dia baik oo. And fyi guys, teah ni rajin masak and i guess dia memang pandai masak. Hehehe serious tak tipu tau.



Okay hari khamis ni pagi-pagi kami pergi Eco. Kalutlah jugak nak bersiap. Tudung takjadi la kelepet la kekeh well female guys mestila nak tudung jadi baru confident gituh cewah. Actually nak beli barang kelas je pon andth makan aiskrim waffles kejap sementara tunggu mak dia balik dari beli barang. Dahla jerebu. Pi makan aiskrim pulak ha baguih la:') Balik tu mau tak selsema kihkihkih cari pasal lagi ha bagus. Hari khamis tu jerebu teruk gakla en.

Balik tu teah ajak aku dengan alya pi rumah tok dia. Depan rumah je pun. Andth pergilah berjalan kaki bertiga-tiga ke sana. Jumpa baby boy alaaa moknye comel doh rasa nak cubit je pipi tu huhu nasib baik anak orang. Kalau tak pipi tu dah lebam mungkin... hehe 

Lepastu lepas solat zuhur aku tak ingat apa kitorang sembang or buat before tertidur huhuhu mengantuk sangat mungkin cewah #asramapeople. Lepastu aku terjaga bila dengar something dekat dapur. Ha jeng jeng jeng apakah? Bunyi orang main pisau hahaha teah and her mother tengah masak bihun sup huuhuuhuu so apalagi aku dengan alya pun keluar menghulurkan bantuan yang tak seberapa. Hehehe. Petang tu aku dikenalkan dengan sepupu kembar teah, najah and najihah. Sumpah aku cakap depa friendly sangat sangat dan sangat. Aku gelak memang tak terkatalah sebbaik perut ni kuat so dapatlah bertahan ha gitu katanya.


Hari ketiga ni aku takmau taip panjang panjang. Straight to the point. Petang tu, kami pi bendang. Ha bendang kan? Ke sawah? Aku rasa bendang hehe. Ke sama je. Apapa je ah. Najah, Najihah and adik dia [i forgot the girl's name, sorry] ajak pi mengail ikan. Ok ni first time aku mengail or memancing ikan. HA HA HA so memang takdapat ikanlah jawabnya [niat asal nak ajak study tiba tiba ke bendang pulak huhu] Beside that, depa ajak pi turun bendang sama kekeh memang rasa macam budak budak under ten gituh ha rasa happening gila. Lari sana sini. Main air hahahaha. Freedom gais. Mau taknya orang pun takdak area tu huhuhu. Balik balik rumah ha basah lencun baju:') Tapi memang, aku rasa nak pergi lagi!!!!!!!!!!! Too miss to handle babe.


Last day. So on this day kami bersiap-siap nak balik asrama dah gais. Memang berat kaki melangkah, berat lagi hati memikul cewah ayat peribahasa mana ni hihihi #ainadictionary Baju tudung and all semua siap di iron. Beg pun siap dikemas. Tunggu masa je nak suruh balik huhuhu. Rindu, for seriously haha nampak ajet tak acewah tapi yelah aku mana pernah tidur rumah kawan sebelum ni hehehe. So this is my first experience, i guess. Alhamdulillah, sampai asrama dengan jaya dan selamatnya. 

At the end, thanks teah and family hihi cause bagi layanan yang baik. Bihun sup yang sedap, and aku lupa nak cerita pasal jagung. Taksilap aku setongkol setengah aku makan ha gitu. Sedap wey tambah susu pekat pulak pehpeh haha okay maaf melebih. Thanks najah&jihah too for pengenalan yang agak singkat dan semoga ukhuwah berkekalan selamanya gituh hahaha. Okay done for this post. Maaf jika benar-benar panjang dan bosan. Cuti dah nak habis uols! Selamat bersekolah he he he assalamualaikum!

Written by me at 08:59 | 0 Pinkzluv{s}