queen ai
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM INSTA NEWER OLDER +FOLLOW DASH
Journal

blog archive

Jantung Hati

lets join!

Release Tension

sing-a-song


Shine

See Me

contactcontact

Instagram


Official Page

LIKELIKELIKE


Big Claps

their works

Template by AqilaFarah|FarahDini
Full Edit : Li
TutoBies : Salsa|Husna|Atiqah
The Owner: Nurainafatini
Best Views :P L U
#Netball 2 0 1 5









Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? Salam 1Ramadhan! Alhamdulillah, kita diberikan kenikmatan umur yang panjang untuk menyambut Ramadhan kali ke...... dalam seumur hidup kita. Semoga dapat dipanjangkan umur sehingga akhir Ramadhan, amin:)

Dah lama Aina tak story abt my life, abt my journey.  I mean sebelum ni im always cerita formal je kan. Okay kali ni kita relax relax kejap. Yelah, bulan puasa kan hewhew

Disebabkan aku dah mula merindui padang netball, aku pun merajinkan diri untuk cerita bab ni. Tapi bukan cara-caranya, jauh sekali kerana aku pun bukanlah mahir sangat dalam game ni. Sebenarnya aku dah lama nak cerita, dari bulan tiga empat haritu lagi tapi deret tak menyempat. Deret dah takda idea. So? What to do.... emmmm okay hambar


Atas ni aku tunjukkan players netball yang betul betul mantap berbanding aku hihihi apa apa pun ni gambar waktu jadi Naib Johan Kejohanan Sukan Maktab Mahmud (KESUMMAM) bulan empat atau lima yang lalu, kalau tak silap. Aku pun lupa dah. Hadeh. 

Tahun lepas aku pun join jugak game ni&alhamdulillah terpilih jugak jadi player, even reserve. Tu pun dah bersyukur sebab baru form one&dapat kenal hakak hakak sporting terlebih kuikui. Dapat kenal setahun tak cukup, jadi aku usaha lagi tahun ni untuk dapatkan tempat lagi dalam bola jaring ni and sekali lagi terpilih dan reserve:) Syukur.

Tapi yang pastinya aku bukanlah player KESUMMAM sebab player ni takda ikut form. Boleh gabung lower atau upper form so sangat susah kalau nak berebut tempat, jadi i focus untuk Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). 

Training untuk kedua-dua kejohanan start lebih kurang bulan Mac selepas pemilihan pertama. And yes, mestilah groupgroup lama pun ada. Kecuali hakak hakak yang dah 19 this year. Kak Timah, Kak Bella&Kak Raudhah. But Kak Timah selalu datang train kitorang&she's our coach, coach muda hihihi.

Macam biasalah, training mana tak penat kan? Training mana tak lewat kan? Jadi setiap petang kami akan train dari jam 5.00 petang sehinggalah pukul 7 selalunya. Tapi solat Asar dululah. Tahun ni tkboleh train awal macam pukul 3 apa semua tu sebab haba panas kannn waktu tu. Dengan kes budak lelaki mati sebab panaslah, wuih gerun. Tapi alhamdulillah, kami jalani latihan tanpa ada sebarang kes besar.

Latihan last minute yang aku rasa paling mencabar&really menguji badan aduih. Bermula dengan lari lima round netball, lepastu tekan tubi pulak 5kali and up (ikut jurulatih nak berapa kali) lepastu baru warm up. Lepas warm up kitorang buat latihan yang sama berulang kali just like baling bola tangkap bola tapi dengan macam macam cara. Penat, letih semua ada! Tapi benda biasalah tu. Macam mana nak success kalau tkda semangat juang yang tinggi?

Seminggu sebelum kejohanan start, selalunya akan ada training sesi pagi. Means waktu P&P terpaksa dikorbankan. But its okay its alright, masih ada kawan kawan yang sanggup tolong untuk catch up balik dalam akademik. Lega.

 

Antara kesummam&mssd, kesummam start dulu. So game akan dijalankan di MRSM Merbok. 10players kesummam (termasuk reserve) face many kesulitan. Bayangkan, tksampai 30minit nak lawan baru tiba kat tempat lawan. Semua ni kes sesat aduiiii. I dengan lagi dua orang player mssd ikut pi lawan sebab jadi ajk teknikal kecemasan semua tulah. Kitorang ni yang rasa risau sebab takut dorang tksempat datang sebelum game start. 

Tunggu punya tunggu, sebbaik sempat gak datang. Warm up gutu gutu je ha pehtu lari aku tkingat berapa round. Entah lari entah tidak... hehehehehehe. First game i tkingat lawan dengan maahad mana tapi yang pastinya menang:) And next game dengan MM Langkawi pun menang. Alhamdulillah. Lepas habis dengan group, kitorang lawan sekali lagi MM Langkawi&even kalah, itu tkhalang untuk team pergi semi-final.

Nak tahu team kesummam sampai final ke idok? Tunggu post seterusnyaaaaa esok insyaAllah jengjengjeng hahahaha sebab dah panjang sangat ni nanti pening pulak nak baca hehehehe:)

Assalamualaikum!
 

 
 

Written by me at 00:16 | 0 Pinkzluv{s}