queen ai
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM INSTA NEWER OLDER +FOLLOW DASH
Journal

blog archive

Jantung Hati

lets join!

Release Tension

sing-a-song


Shine

See Me

contactcontact

Instagram


Official Page

LIKELIKELIKE


Big Claps

their works

Template by AqilaFarah|FarahDini
Full Edit : Li
TutoBies : Salsa|Husna|Atiqah
The Owner: Nurainafatini
Best Views :P L U
Hidayah Ramadhan
Si Comel Bercerita ♥



Aku berjalan di atas bumi dengan perasaan yang megah, berbangga, takabbur! Aku tidak kisah dipandang jelek oleh manusia-manusia yang lain. Bagi aku, fesyen adalah segalanya. Dan aku pasti, bukan aku seorang sahaja yang berpakaian sebegini, malah ramai lagi yang seangkatan denganku! Inilah zaman remaja. Our life, lantak ah orang nak cakap apa!


Gerak langkahku diikuti oleh sahabat-sahabatku yang turut bersamaku. Kitorang berbelanja sakan tak hengat dunia! Kisah? Kitorang anak dato’, tan sri. Duit habis? Bank kitorang duit belambak lagi okay. Inilah hidup bertuankan duit. Aku tengok pengemis hm nak keluar duit pun rasa malas sebab... entahlah. Aku rasa lima ringgit tu rugi bagi dekat dorang, better aku beli topup. Boleh texting selalu hm...
 
Sekali tu, aku balik rumah. Terkezuttttttttttt aku tengok perubahan mummy... dah mula berhijab......... errrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Krrrkrrr sebentar aku waktu tu. “Mummy, what is this?” Then, aku pandang bapak aku. Papa aku tersenyum. Dihulurkan kepadaku satu beg berjenama. Aku mula rasa happy semula! Tetiba... “WHAT?!” Beg yang berada di tanganku aku baling setelah mengetahui isi dalamnya. Aku masih tak ready! Aku masih muda. Aku masih remaja. Aku tak sedia untuk berubah! Kakiku dihentak-hentak bagaikan hendak membelah bumi. Aku ingin baju baru! Jeans baru! Bukannya telekung! Bukannya tudung! Bukannya jubah! 


Mummy datang sebelahku, cuba memujuk mungkin. Tidak aku endahkan. Aku berlari masuk ke dalam bilik. Aku menangis sepuas-puasnya. Dengan harapan yang tinggi menjulang agar mummy dan papa masuk ke kamarku untuk memujukku semula. Tetapi, tidak. Yes, aku tahu aku dah besar! Aku tidak perlukan pujukan sesiapa. Takde sapa faham aku!
 
Laptop dibuka. Aku membuka twitter untuk melepaskan perasaan yang terbuku di hati. Dalam 10-15 tweet juga aku lepaskan perasaan. Yang datang memujukku bukan seorang dua, tetapi beratus! Well, aku kan tweetfemes. Selalu jadi perhatianlah kan. Apa masalah? Facebook pun begitu, sekali update. Nah beribu yang like dan berpuluh yang memberi kata-kata semangat. Twitter aku buka sekali lagi. Aku scroll timeline. Tiba-tiba mata aku terpanah pada satu kata-kata, “Jangan biar nafsu yang beraja, biarlah akal yang cerdik menguasai hati.” Deep.

 

‘Adakah ini caraMu untuk memberi petunjuk kepadaku.......’ hatiku mula berkata-kata. Aku terdiam kaku. Benar, aku punya wajah yang cantik, tubuh badan yang menawan, kepintaranku tidak dapat ditandingi oleh rakan sebayaku yang lain. Tapi, aku masih merasai kekosongan hidup. Kekosongan yang aku tak pasti perlu diisi dengan apa. Tiba-tiba, aku teringat akan kain sembahyang yang aku lempar sebentar tadi. ‘Mungkin ini masanya...’ sekali lagi, hati aku menyatakan niat yang baik.



Aku turun tangga sepantas yang boleh untuk mendapatkan semula hadiah yang bernilai yang diberikan oleh papa! Aku mendapatkannya dan memeluk bungkusan itu. Kelakukanku diperhati oleh kedua orang tuaku. Masing-masing menitiskan air mata. Gembira melihat anak tunggalnya mula terbuka hati untuk menerima hidayah Allah! Kami berpelukan sambil bibir tidak henti-henti memuji Allah dan bersyukur kepadaNya.




Aku akhirnya membuat keputusan untuk menyahaktifkan segala akaun yang ada dan berhenti daripada menjadi gadis sosial buat sementara waktu. Malam itu, aku dan keluarga pergi ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Tidak ku sangka, Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang bermakna daripada tahun sebelumnya! Terima kasih Allah!
 
***

Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Namun jika ada yang tersama, maaflah jika menyakiti. Ingat, hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Allah ini Maha Pengampun. Mohonlah maaf selagi hidup, dan kita sebagai manusia, memohon maaf&memaafkan kesalahan hamba Allah yang lain adalah perkara yang sangat dituntut.

Kita hamba Allah yang hina&biasa. Maaf atas segala keterlaluan yang mungkin menyakiti hati. Selamat Menyambut Ramadhan yang akan datang! Ramadhan Al-Mubarak:) Assalamualaikum.

Written by me at 02:03 | 0 Pinkzluv{s}