queen ai
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM INSTA NEWER OLDER +FOLLOW DASH
Journal

blog archive

Jantung Hati

lets join!

Release Tension

sing-a-song


Shine

See Me

contactcontact

Instagram


Official Page

LIKELIKELIKE


Big Claps

their works

Template by AqilaFarah|FarahDini
Full Edit : Li
TutoBies : Salsa|Husna|Atiqah
The Owner: Nurainafatini
Best Views :P L U
Contest: Hijab, Let's wear it right!
Si Comel Bercerita ♥

Assalamualaikum w.b.t. Kerana dah lama tak hapdet, akhirnya usaha aku berblogwalking di blog fiqadira membuahkan idea juga. Hewhew.

http://4.bp.blogspot.com/-tT7qxv5sqiA/VNH-Yk7euzI/AAAAAAAAAcM/fm99xL4gw6A/s1600/Untitled-3.png
[klik banner untuk join]
- Mengapa anda pilih untuk berhijab?
- Pesanan anda untuk mengajak muslimah untuk berpakaian mengikut syariat
Bismillahirrahmanirrahim.

Fyi, Aina start wearing hijab when I was dalam lingkungan 5-6 tahun. But semestinya bukan 100% pakai. Masih kecik uols. Even Aina yakin, pada lingkungan tu ada je kawan sebaya yang mak ayah suruh pakai. Wajibkan pakai. But not to me. Aina just pakai bila nakgi ngaji, thts mean waktu malam je tudung lekat dekat kepala. But its okay, masih bebudak. Tak baligh lagi katanya.

Tapi, perasaan aku untuk pakai tudung makin membuak-buak bila aku nak darjah satu. Yelah, mana taknya. Waktu tu ramai je kawan kawan aku yang pakai tudung. Jadi pertengahan tahun, barulah aku start pakai. Itupun selapis. And, selalunya akan bukak waktu Pendidikan Jasmani. Yelah, panas katanya. Tapi tudung hanya bertahan waktu persekolahan je. Begitu jugak sampai aku darjah tiga. Tudung aku kawan aku ketika waktu persekolahan. Waktu lain, aku tak ambil tahu. Kecik lagi katanya.

Umur aku darjah empat, baru aku start keluar rumah pakai tudung, tapi depan rumah bila nak sidai baju, aku takpakai. Cuma bila nak ronda keluar, umum, yes i pakai. Makin membesar, barulah akal ni membesar sikit. Aku dah mula pakai tudung full. Sikit demi sikit aku berhijab and akhirnya full pakai when I was eleven y/o, after bulan puasa thts mean rayalah kan. Alhamdulillah, aku bersyukur.

Tapi, aku bertudung je litup. Waktu tu nakkata ikut syariat, memang taklah. Bertudung, tapi bukan bawah dada. Bertudung, tapi berjeans ketat. Bertudung, tapi couple. Bertudung, tapi masih chatting gelak ketawa dengan lelaki bukan muhrim. Sebab waktu tu aku terlalu ikutkan alam maya. Mula jadi "hotsentap" dalam facebook. Hahahahahaha dulu mungkin aku bangga dengan semua tu tapi sekarang, entahlah. Apa yang nak dibanggakan?

Dalam setahun jugak aku "dikenali". Akhir tahun 6, aku cuba perbaiki diri. Aku cari satu tempat untuk tarbiyah diri. Akhirnya, permohonan aku untuk bertapak dan belajar di sekolah penuh barakah diterima. Dari sini, aku mula belajar memakai hijab yang sebetulnya mengikut syariat dan diikuti dengan pakaian yang lebih terjaga.

Kesimpulan, kenapa aku memilih untuk berhijab? Kerana berhijab adalah salah satu cara yang mudah untuk menutup aurat. Tak perlu nak pakai timba segala haprak. Berhijab bukanlah satu perkara yang diwajibkan tetapi adalah salah satu cara untuk menutup yang wajib.

And for all muslimah readers, berpakaianlah mengikut syariat. Biarpun benda ni tak trend, tapi ianya arahan Allah, suruhan dan perintah Allah. Terbaca ayat ni, biar tak trend, asal ikut syariat.



benar, bukan mudah untuk berubah. aku tak pernah kata nak berubah tu senang. macam-macam orang luar nilai kita. macam-macam yang dorang akan kata bila dorang bandingkan kita dengan masa lalu. kadang, benda baik yang kita katakan akan dipertikaikan oleh mereka yang pandang masa lalu kita. apa nak kisah? mereka kata tentang masa lalu. bukan masa sekarang dan akan tiba. benar, masa lalu kita adalah salah sesalah-salahnya. kita akui benda tu. nak tutup mulut manusia "masa lalu" bukannya senang. aku berani kata dan cerita sebab aku sendiri lalui perkara yang sama. diam, dan tabah lalui penghijrahan hidup yang bermakna. ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. suatu hari nanti, manusia "masa lalu" akan kenal kita yang baharu. keep moving forward. - Aina


 

Written by me at 04:04 | 2 Pinkzluv{s}