queen ai
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM INSTA NEWER OLDER +FOLLOW DASH
Journal

blog archive

Jantung Hati

lets join!

Release Tension

sing-a-song


Shine

See Me

contactcontact

Instagram


Official Page

LIKELIKELIKE


Big Claps

their works

Template by AqilaFarah|FarahDini
Full Edit : Li
TutoBies : Salsa|Husna|Atiqah
The Owner: Nurainafatini
Best Views :P L U
Tawadhu' Tonjol Kesempurnaan Mukmin
Si Comel Bercerita ♥

[Assalamualaikum]

Orang yang selalu menghiasi diri dengan sifat suka merendah diri atau tawadhu' akan menyerlahkan keperibadian yang luhur. Sesungguhnya ia adalah sifat para nabi, sahabat dan orang soleh yang perlu dipraktikkan seluruh umat Islam. Mereka yang selalu rendah diri Rasulullah S.A.W melihatnya sebagai orang yang memiliki keinsafan yang tinggi dan kesempurnaan akal serta menonjolkan identiti mukmin yang taat.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: 

Orang yang cerdik lagi berakal ialah orang yang merendahkan dirinya (dengan sifat tawadhu') di samping menghisabkannya dan beramal untul selepas mati. Sedangkan orang yang lemah ialah orang yang mengikut nafsunya dan bercita-cita kepada Allah beberapa cita-cita (angan-angan) (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah)

Kita harus sedar, merendah diri adalah tuntutan agama. Oleh itu, menjadi kewajipan semua mukmin memiliki dan mengamalkannya tanpa mengira tempat atau keadaan sepanjang langkah hayatnya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya bertawadhu', sehingga tidak ada seorang pun menyombong dirinya terhadap orang lain dan tidak ada seorangpun yang menganiaya terhadap orang lain (Hadis riwayat Muslim)

Kesedaran mengenai amalan merendah diri perlu dipupuk dengan sungguh-sungguh dalam kalangan umat Islam atas dasar keimanan kerana seorang yang tawaduk selalu menghargai dan menghormati orang lain yang akhirnya mampu menarik kecintaan mereka.

Sifat tawadhu' juga memungkinkan kita mudah digauli dan mendapat pertolongan saat-saat berdepan kesulitan. Hal ini menggambarkan jiwa yang subur dengan ketulusan dalam segenap tindakan dan amalan dilakukan sekaligus terhindar daripada perbuatan suka menunjuk-nunjuk (riak) atau takbur.

Jika diperhatikan penjelasan Rasulullah S.A.W ternyata merendah diri sama sekali tidak menjadikan seseorang itu hina bahkan diangkat oleh Allah S.W.T di tempat yang tinggi seperti mana maksud hadis;

Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah melainkan akan Allah angkat darjatnya (Hadis riwayat Muslim)

Namun, masih ada segelintir masyarakat yang belum faham maksud tawadhu' sehingga menjadi gambaran dan ukuran mereka ialah gaya berjalan yang perlahan dan tidak bermaya atau tidak mahu berhias dengan mengenakan pakaian yang bagus. 

Padahal, konsep tawadhu' mengikut agama bukanlah sesempit itu. Apa yang dijelaskan agama ialah tunduk patuh kepada kebenaran dan menerima kebenaran itu. Seperti pernah disuarakan Ibn Atha', tawadhu' adalah orang yang menerima (dengan lapang dada) dan mengakui kebenaran daripada orang lain. Fudhail bin Iyadh pula menambah:

Rendah hati untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran dari orang lain. Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apapun alasannya adalah suatu bentuk kesombongan

Syeikh Ahmad Ibn 'Athaillah dalam kitab Al-Hikam berkata, orang yang tawadhu' tidak marah apabila dicaci atau diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk dalam orang yang disegani setiap orang. 
 
 
 sumber diambil dari buku tamrin maahadi tingkatan satu dan dua 2015 serta laman web ini

[Assalamualaikum]

Written by me at 00:00 | 0 Pinkzluv{s}