queen ai
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM INSTA NEWER OLDER +FOLLOW DASH
Journal

blog archive

Jantung Hati

lets join!

Release Tension

sing-a-song


Shine

See Me

contactcontact

Instagram


Official Page

LIKELIKELIKE


Big Claps

their works

Template by AqilaFarah|FarahDini
Full Edit : Li
TutoBies : Salsa|Husna|Atiqah
The Owner: Nurainafatini
Best Views :P L U
CERAMAH MALAM PENGHAYATAN ISLAM BY FADHILATUL SYEIKH DR. KHALIL ISMAIL ILYAS

"Penghulu hari ialah Hari Jumaat manakala penghulu bulan ialah bulan Ramadhan"

Hi Assalamualaikum readers! Hihiks. Salam Ramadhan Kareem. So, how your fasting guys? Ada rasa perubahan tak? Hm aku nak tulis pun dah kekok ha. Lama sangat tak menulis. Sorry much.

InsyaAllah harini Aina akan share kat ualls sekalian sedikit sebanyak input dan ilmu yang dapat daripada ceramah yang disampaikan oleh Fadhilatul Syeikh Dr. Khalil Ismail Ilyas pada Malam Penghayatan  Islam (MPI) MMAS bertarikh 24 April 2016 yang lalu. Fuhhh dah lama dah, baru ada kesempatan nak share.

Untuk pengetahuan, Fadhilatul Syeikh Khalil ni merupakan ulama tersohor di Iraq. Sebenarnya sehari sebelum kedatangan syeikh, ada seorang ustaz ni datang bagi ceramah and dia ada tunjuk gambar Fadhilatul Syeikh Khalil. Waktu tu ai rasa macam tak sabar nak jumpa. Entahla, dia rasa sejuk je mata memandang. Huhuhu serious tak tipu. Okay mari sambung.

Ceramah beliau berkenaan ilmu dan ulama. Aina salin dalam bentuk point. Semoga boleh ambik manfaat sempena ramadhan ni! Maklumlah mesti waktu Ramadhan selalu ada tazkirah&ceramah kan?  Hiks.

Bismillahirrahmanirrahim,



(sumber google)

  1. Malaikat ialah maksum iaitu bersih dari sebarang dosa. Walau bagaimanapun, malaikat sanggup tawadhu' kepada manusia dengan menebarkan sayapnya ketika manusia menuntut ilmu.
  2. Penuntut ilmu berada pada makam yang tinggi.
  3. Penuntut ilmu mesti tawadhu' kepada ulama, begitu juga sebaliknya. Malaikat pun boleh tawadhu', kenapa tidak kita? Muhasabah.
  4. Persoalannya, adakah semua penuntut ilmu layak mendapat tawadhu' malaikat? Adakah semua penuntut ilmu akan ditebarkan sayap? Tawadhu' malaikat ialah redha dengan apa yang Allah redhai. Jadi jika kita menuntut sesuatu ilmu yang Allah redha, maka malaikat juga akan redha.
  5. Perhiasan ilmu ialah adab.
  6. Malaikat tidak jahir, lebih alim dari para ulama, tawadhu' bukan sebab jahil tetapi adab.
  7. Adab utama dan agung ialah dengan Allah SWT.
  8. Manusia yang paling utama yang memiliki adab tersebut ialah para ulama.
  9. Seorang ulama tidak akan jadi ulama sebelum menjadi penuntut ilmu.
  10. Adakah kita layak mendapat tawadhu' ulama?
  11. Di mana penuntut ilmu itu dididik untuk takut kepada Allah, maka akan lahirlah seorang ulama yang hebat. InsyaAllah.
  12. Tidak akan lahir ulama hebat kecuali:
    • cintai orang soleh
    • menziarahi orang soleh
    • duduk dengan orang soleh
    • berdamping dengan orang soleh 
     
  13. Ulama Rabbani ialah ulama yang takutkan Allah dalam keadaan dalaman dan luaran.
  14. Doa para ulama amat mustajab.
  Sedikit kisah untuk dijadikan teladan.

Ada seorang lelaki yang takabbur. Dia tidak percaya akan kisah malaikat yang menebarkan sayap mereka. Akhirnya pada suatu hari, lelaki tersebut jatuh sakit. Badannya berbau busuk, terdapat ulat dan macam bangkai. Akhirnya dia mati dan dikuburkan dengan cara menolak lelaki tersebut masuk ke dalam kubur. 

Sekian. Semoga mendapat manfaat walaupun sedikit! Salam Jumaat, Salam Ramadhan Kareem. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Written by me at 01:34 | 0 Pinkzluv{s}